Dibawah ini adalah translation dalam bahasa melayu. Dr Jamal Al-Din Ibrahim adalah seorang professor toksikologi di California dan wawancara ini disiarkan dalam TV Al-Rahman/Al-Rawdha, pada Disember 2, 2010.
Jamal Al-Din Ibrahim:Sewaktu saya masih menuntut di sebuah universiti, sekitar tahun1975-1977, mereka menjalankan kaji selidikyang menunjukkan pelajar wanita Amerika, yang secara puratanya menghabiskan masa empat tahun di universiti, telah melakukan hubungan seks dengan 200-300 pasangan lelaki dalam tempoh empat tahun.Apabila seorang wanita mengadakan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki, ia akan menjejaskan kesihatannya, kerana hubungan seperti itu melemahkan sistem immunisasinya. Apabila seorang wanita itu melakukan hubungan seks dengan lebih dari seorang lelaki… Bila dia melakukannya dengan lelaki pertama, tubuhnya cuba menentukan identiti sperma lelaki tersebut. Terdapat satu proses identifikasi, dan sperma itu didaftarkan dalam tubuhnya. Ianya seperti apabila seorang itu memasuki rumah seseorang, beliau akan dikenali, dan sama seperti kad pengenalan. Jadi, lelaki ini sekarang mempunyai kedudukan istimewa. Proses ini dikendalikan oleh sistem immunisasi. Selepas itu, tubuh wanita tadi dengan mudah mengenalpasti sperma lelaki itu, yang kini menjadi sebahagian dari wanita tersebut. Kemudian datang lelaki lain dan mengadakan seks dengan beliau. Sekarang sistem immunisasi terpaksa mengulangi semula proses tadi.
Pengacara: Sistem immunisasi melakukan banyak kerja untuk mengenalpasti lelaki baru tersebut.
Jamal Al-Din Ibrahim: Ianya menjadi lebih sukar apabila terdapat dua lelaki dalam satu masa. Wanita-wanita di sana biasa melakukannya. Mereka ada seorang, dua, atau tiga kekasih, dan kawan lelaki. Walaupun tidak rapat, wanita ini tetap melakukan hubungan intim dengan kawan-kawannya. Ini akan melemahkan sistem immunisasi.
Pengacara: Kerana terpaksa melalui terlalu banyak proses identifikasi…
Jamal Al-Din Ibrahim: Ia sibuk dengan identifikasi sepanjang masa akibat hubungan seks dengan teman yang pelbagai. Apabila usia wanita itu mencecah 30an atau 40an, dan selepas 15 tahun terlibat dengan seks, beliau mula dihinggapi penyakit barah payudara dan barah rahim, yang mana sudah menjadi kebiasaan di Amerika.
Pengacara: Apakah sebabnya?
Jamal Al-Din Ibrahim: Hubungan seks dengan pasangan-pasangan berbeza akan menyebabkan sistem immunisasi wanita berkenaan rosak dan menjadi lemah. Makan daging b*** pula boleh menyebabkan seseorang itu bekerja kuat, tapi tidak boleh berfikir. Pemikirannya akan menjadi lemah, kerana perutnya terpaksa bekerja keras untuk memecahkan molekul-molekul kompleks. Tabiat makan daging b*** didapati boleh melemahkan keupayaaan seseorang untuk berfikir, dan juga melemahkan keinginannya untuk
mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.
mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri. Ia menghilangkan semangatnya.
Pengacara: Pemakan b*** tidak mempunyai semangat patriotik?
Jamal Al-Din Ibrahim: Ini telah dibuktikan secara saintifik. Ia merendahkan kandungan serotonin dalam badan, yang berfungsi melancarkan aktiviti dan meningkatkan perasaan bangga seseorang, dan mungkin juga menambah keceriaan seseorang. Apabila hormon ini berada dalam badan, seseorang itu akan menjadi ceria, tetapi daging b*** pula mengurangkan kandungan serotonin ini. Seorang pemakan b*** boleh menggunakan otot-ototnya untuk bekerja, tetapi bukan otaknya. Mengenai janggut pula, beberapa orang doktor telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam mengubati masalah impoten (mati pucuk) dengan hanya menyuruh pasakit-pesakit menyimpan jambang dan janggut yang panjang. Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah… Mereka mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.
Interviewer: SUBHANALLAH!
Kredit : Berita Islam Global
Kesimpulan/Ringkasan dari wawancara ini:
Seks Bebas : Seks dengan ramai lelaki akan membuatkan sistem imuninasi wanita akan menjadi lemah dan berisiko untuk mendapat penyakit barah payudara dan barah rahim.
Makan Babi : Orang yang makan babi akan mengurangkan hormon serotonin. Melemahkan keinginannya untuk mempunyai perasaan bangga dengan dirinya sendiri dan menghilangkan semangat.
Simpan Janggut : Mampu mengatasi masalah mati pucuk dan menggalakkan penghasilan hormon testosteron.