Sunday, September 4, 2011

Al - fatihah Untuk Ain ( Anak Saudara Aku Ni )

Mayat wanita tersangkut pada batu ditemui di Sungai Emas

Sep 03 2011

 Sekumpulan remaja yang mengunjungi Sungai Emas, dekat Kampung Orang Asli Sungai Lembing di sini untuk berkelah terkejut setelah menemui mayat seorang wanita, Khamis.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan Deputi Supritendan (DSP) Kamaruzaman Jaafar berkata kumpulan remaja berkenaan yang tiba di tempat itu pada 2 petang terlihat sesuatu seakan tubuh manusia yang tersangkut pada batu di dalam sungaiberkenaan.
“Setelah diperiksa, mereka mendapati ia merupakan mayat seorang wanita, lalu mereka mengangkatnya ke darat sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Katanya wanita terbabit berusia lingkungan awal 20-an ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap dengan berseluar jeans bewarna biru serta T-Shirt putih, dan menurutnya polis belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.
Beliau berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat, dan sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang kehilangan kenalan atau sanak saudara supaya tampil membuat pengecaman terhadap mayat wanita itu. -BERNAMA
KOSMO 
 
UNTUK PENGETAHUAN...ARWAH SEBENARNYA JADI MANGSA BUNUH OLEH BEKAS SUAMINYA SENDIRI.... MANGSA DICEKIK SEHINGGA MATI DAN DIBUANG KESUNGAI...BEKAS SUAMINYA SEKARANG MERINGKUK DALAM PENJARA SEMENTARA MENUNGGU HUKUMAN MATI...