![]() |
Chana bersama-sama dengan isteri, anak, dan cucunya. Ziona Chana dari perkampungan Baktwang, Mizoram, India diiktiraf sebagai ketua kepada keluarga paling besar di dunia. Berdasarkan fakta, Ziona adalah suami kepada 39 isteri, bapa kepada 94 anak, dan datuk kepada 33 cucu. Kata Chana, 67 tahun, "Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara." Untuk memastikan perjalanan harian keluarga ini berjalan lancar, semua kerja rumah dikelolakan oleh isteri paling tua Chana, iaitu Zathiangi, 69 tahun. Zathiangi membahagikan tugas mencuci, membersih, dan menyiapkan makanan kepada madu-madunya. Menurut Rinkmini, isteri Chana yang berusia 35 tahun, Chana berjaya memikat dan mengahwini begitu banyak isteri kerana dia merupakan lelaki yang paling tampan di desa mereka. Rinkmini yang berkahwin dengan Chana 18 tahun lalu mengimbas kembali sejarah perkahwinan mereka yang bermula apabila suaminya itu mengutus sepucuk surat yang menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengannya. |

![]() |
Chana bersama-sama dengan 39 isterinya |
![]() |
"Mahligai" Keluarga Chana. Keluarga dengan ahli hampir 200 orang ini tinggal di sebuah "mahligai" besar. Mahligai empat tingkat ini mempunyai 100 bilik. |
![]() |
Bilik tidur keluarga nie. |
No comments:
Post a Comment