
Ular berukuran besar dengan diameter 40 cm meter ini berjaya ditangkap penduduk di Pemakaman umum desa setempat, ketika ular tersebut sedang keluar dari lubang sebuah kuburan yang ambruk.
Ular tedung berukuran besar itu diyakini sebagai pemangsa mayat kerana di pemakaman umum Desa Bujur Barat banyak makam yang ambruk dan mayatnya hilang.
Berbeza dengan ular cobra pada umumnya, ular tedung yang berjaya ditangkap penduduk Desa Bujur Barat, Kecamatan Batumarmar, Pamekasan, itu semuanya berwarna hitam.
Sebahagian penduduk memahami secara mitos kehadiran ular pemangsa mayat tersebut. Kerana, sejak ular sepanjang empat meter dengan diameter 40 cm itu menampakkan diri, hujan tidak pernah turun di Desa Bujur Barat.
“Pada mulanya saya ingin menyerahkan ular itu ke Dinas Peternakan supaya dimuziumkan di kebun binatang, namun penduduk melarang dengan alasan bermimpi bahawa selagi ular tersebut tidak dilepas, Desa Bujur Barat tidak akan turun hujan,” terang Rajaie. ~~kompas.com
*************************************************************************
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
Rasulullah saw. bersabda :
“Perpisahan antara seorang lelaki dengan syirik dan kufur itu ialah solat”
Mendengarkan pengakuannnya, Nabi Allah Musa as. berasa teramat marah lalu menghalau wanita tersebut. Dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa terus pergi dari situ.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba Nabi Allah Musa as. memanggilnya semula dan mengatakan bahawa Allah swt. telah mengampunkan dosanya. Maka bergembiralah wanita itu tadi denga rasa syukur. Nabi Allah Musa as. bertanya kepada Malaikat Jibril as. apakah dosa yang lebih besar dari itu. Maka jawab Jibril as. Dosa yang lebih besar ialah dosa orang yang meninggalkan sembahyang atau solat.