Segera menguruskan jenazah dan mengembumikannya
- Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Segeralah di dalam menguruskan jenazah,sebab jika amalnya soleh,maka kebaikanlah yang kamu berikan kepadanya.Dan jika sebaliknya,maka keburukanlah yang kamu lepaskan dari bahu kamu."(Muttafaq 'alaih)
Tidak menangis dengan suara kuat dan tidak meratapinya
- Rasulullh SAW bersabda yang bermaksud : 'Bukan golongan kami mereka memukul-mukul pipinya dan merobek-robek bajunya dan menyeru kepada seruan jahilliyah,"(Riwayat Al Bukhari)
Disunatkan menghantar jenazah hingga ke kubur
- Rasulullah SAW bersabda,mafhumnya : Sesiapa yang menghadiri jenazah hingga menyembayangkannya ,maka baginya pahala sebesar qirath.Dan sesiapa yang menghadirinya hingga dikuburkan,maka baginya dua qirath."Nabi ditanya "Apakah qirath itu?"Baginda menjawab :"Seperti dua gunung yang sangat besar."(Muttafaq 'alaih)
Memuji si mati
- Memuji simati dengan mengingati dan menyebut -nyebut kebaikannya.Rasulullah SAW bersabda maksudnya ;"Jangalah kamu mencaci orang yang telah mati kerana mereka telah sampai kepada yang mereka perbuat."(Riwayat Al Bukhari)
Memohon ampun untuk si mati
- Pohonlah keampunan untuknya selepas pengebumian.Ibn Umar pernah berkata : "Adalah Rasulullah apabila selesai mengebumikan jenazah ,maka Baginda berdiri diatasnya dan bersabda :"Mohonlah ampun untuk saudara mu ini dan mintalah ampundaripada Allah agar ia diberikan keteguhan kerana ia sekarang di tanya."(Riwayat Abu Daud)
Sunat menghiburkan keluarga yang berduka dan memberikan makanan kepada mereka
- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Buatlah makanan kepada keluarga Ja'farkerana mereka ditimpa sesuatu yang membuatkan merekasibuk."(Riwayat Abu Daud).Disunatkan mengucap Takziah kepada keluarga si mati dan menyarankan mereks supaya bersabar.
No comments:
Post a Comment