![]() |
WAJAH riang Salih bersama Samihah pada majlis persandingan mereka di Hotel 11@Century, Johor Bahru malam tadi. |
Salih ketika dihubungi Kosmo! semalam bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam yang lebih mesra dipanggil Emi itu berjalan lancar.
"Alhamdulillah. Apa yang boleh saya cakap, semua ketentuan sudah tertulis sejak azali lagi, sudah ditentukan saya bertemu jodoh lagi," katanya.
Salih juga bersyukur kerana Samihah memilihnya bukan kerana populariti sebaliknya tertarik dengan perjalanan hidupnya.
"Saya tidak kisah apa orang cakap mengenai saya bila saya kahwin kali keempat, apa yang penting saya harus menunaikan tanggungjawab sebagai suami kepada empat isteri sebaik mungkin," katanya.
Salih, 50, sah menjadi suami Emi, 24, pada pukul 3 petang semalam dengan mas kahwin RM23 dan wang hantaran sebanyak RM24,000.
sumber : kosmo