
Namun sebentar sahaja tadi sedang-sedang melihat video di youtube satu mesej dari celcom telah sampai ke nombor celcom broadband saya :
A friendly reminder, your data usage is reaching the allocated 5GB/ mth (Celcom Broadband Policy). Pls reduce your usage to avoid having your speeds managed.
Ada yang mengatakan apabila anda banyak melihat video di youtube bandwith ini semakin cepat abih.
Mungkin benar dengan kenyataan ini kerana pada bulan-bulan sebelum memang jarang sekali saya melihat video di youtube manakala pada bulan ini boleh dikatakan hari-hari saya melihat video di youtube sehinggalah hari ini mendapat mesej ini.
Jadi, kesimpulannya celcom broadband mempunyai limit penggunaan pada setiap bulan.
Berjimatlah sebelum kena
Perkara ini hanya dinyatakan pada terma dan syarat yang memang jarang kita baca