NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
“Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat,” petik kenyataan itu.
Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
sumber : Malaysia Kini

Komen Pilihan :
Sume tindakan kerajaan tu ada rasional dia:1. Naik harga gula: supaya jgn membazir gula yg kluar melalui kencing.
2. Naik harga Minyak : Demi keselamatan rakyat- bahaya main2 minyak petrol ni-klau meletop sapa yg susah....
3. Naik tarif letrik : Kerana Kera Jaan prihatin dgn keselamatan rakyat yg ske sangat main alat2 letrik.
4. Naik harga daging: Menghormati lembu dan kerbau.
No comments:
Post a Comment