Tuesday, May 10, 2011

Kadar Tahunan Harga Petrol Di Malaysia

pic dari - mohd naim
Harga minyak di Asia jatuh kepada AS$101 setong hari ini dan seterusnya peniaga mengunjurkan pertambahan inventori minyak mentah mingguan Amerika Syarikat susulan permintaan yang lemah.
Penanda aras minyak mentah bagi Jun jatuh dalam lingkungan AS$1.65 kepada AS$100.90 setong bagi tempoh pertengahan dagangan elektronik Kuala Lumpur bagi Bursa Merkantil New York.
Sementara itu, kadar kontrak mencatatkan peningkatan AS$5.37 atau 5.5 peratus sebelum reda pada AS$102.55 pada Isnin. - AP

Harga minyak malaysia naik walaupun matawang ringgit juga meningkat.

Darah Pun Naik...  
Harga Makanan juga Naik...
Kecok lah korang ni...ni baru sikit naik..jika nak dibandingkan dengan negara2 bukan pengeluar minyak macam US,Singapura,Thailand..kita masih lagi ok ape..( ni alasan wajib- banding dengan negara bukan pengeluar minyak)
 KERAJAAN BERHAK AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG PADA PENIAGA YANG MENAIKKAN HARGA BARANG

Kerajaan berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana peniaga yang menaikkan harga barangan bertujuan untuk mengaut keuntungan berlebihan apabila Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 dikuatkuasakan kelak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, bagaimanapun, akta terbaru itu tidak akan dilaksanakan sehingga kerajaan berbincang terlebih dahulu dengan pihak industri, peniaga dan pengguna berhubung mekanisme yang lebih standard dan lengkap.

"Ada dua perkara penting di dalam akta ini iaitu kerajaan boleh menetapkan harga minima bagi barangan terkawal mengikut Akta Kawalan Harga 1946 oleh kerana akta itu akan dibatalkan dan sebahagian besar kandungannya akan dibawa ke akta baru.

"Kedua, kerajaan boleh mengambil tindakan sekiranya berlaku pencatutan di mana wujud kenaikan harga yang tidak munasabah seperti air suam yang dijual RM1 di Kedah sebelum ini.

Maka di situ kerajaan boleh siasat dan ambil tindakan jika bersalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010 sebelum ia diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Ismail Sabri berkata, penetapan harga barangan di bawah akta baru itu boleh dibuat di semua peringkat pengedaran iaitu pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit dan boleh merangkumi caj perkhidmatan berkaitan pembekalan, penghantaran, pembaikan dan penyelenggaraan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpan.

Katanya, kerajaan sedang mengkaji perundangan daripada negara luar seperti Australia, China, Singapura dan Amerika Syarikat yang turut menggunapakai undang- undang kawalan harga dan antipencatutan.

Beliau berkata, Majlis Penasihat Harga juga akan ditubuhkan apabila akta itu diguna pakai kelak bagi memberi nasihat, cadangan dan pandangan kepada menteri berhubung isu-isu pencatutan sementara penguatkuasaan dan tindakan undang-undang akan dilaksanakan di peringkat kementerian.

Ismail Sabri berkata, akta itu akan memperuntukkan denda dari RM50,000 sehingga RM1 juta serta penjara tidak melebihi lima tahun yang merangkumi semua kesalahan yang dilakukan sama ada oleh pihak individu atau organisasi. 
AKHIRNYA...
Darah Tinggi - Kene Serangan Sakit Jantung..!!