Seekor babi yang dilahirkan di sebuah perkampungan Zhangjia di utara China telah dilahirkan dengan dua mulut yang berfungsi dengan sempurna. Pemilik babi berkenaan Bai Xuejin, yang juga seorang petani berkata yang beliau mula menyedari kecacatan tersebut ketika ibunya sedang melahirkan anak babi tersebut.
Bai Xuejin merasa agak pelik kerana ibu babi tersebut kelihatan sukar untuk melahirkannya lantas Bai Xuejin turut membantu menarik anak babi tersebut.Menurut beliau lagi, ini adalah pertama kali beliau melihat kecacatan sedemikian sepanjang 15 tahun menternak babi.Bai Xuejin terpaksa menyusukan anak babi itu dengan menggunakan botol susu kerana ia mengalami kesukaran untuk menyusu dengan 2 mulutnya itu.
Oleh kerana kedua-dua mulut berkenaan berfungsi dengan sempurna, anak babi ini dilihat selalunya akan makan melebihi dari anak-anak babi yang lain.
Menurut pemilik babi unik ini lagi, beliau tidak akan menyembelih babi ini kerana keunikannya. Babi itu akan dibelanya sehingga besar.