baca selanjutnya.........
Tajuk-tajuk kecil
- PENGENALAN
- Definasi Rangkaian
- KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
- Sistem Rangkaian Komputer
- Rangkaian Setempat (Local Area Network)
- A . Jenis-jenis LAN
- B. Komponen-komponen untuk LAN
- C. Topologi untuk rangkaian jenis LAN
- Penutup
PENGENALAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
- Berkongsi Fail
- Menimdahkan Fail
- Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
- Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
- Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
- Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
Sistem Rangkaian Komputer
- Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
Bil | Sistem Rangkaian Komputer | Saiz Kawasan | Contoh |
1. | Local Area Network (LAN) | Kawasan Kecil (10km) | Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan. |
2. | Metropolitan Area Network (MAN) | Kawasan lebih besar(10-50km) | Bandar, negeri. |
3 | Wide Area Network (WAN) | Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km) | Seluruh dunia, negara,Internet |
Rangkaian Setempat (Local Area Network)
Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
- Jenis LAN – Pengguna dan pelayan (Client-server)
- Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
- Komponen-komponen LAN
- Topologi LAN
- Kesan dari LAN
A . Jenis-jenis LAN
Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan:
-
- Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
- Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
- Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
- Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
- Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
1. Komputer pelayan (Server)
Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15′ monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D2. Stasen kerja (Workstation)Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15′ monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D.3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC)NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
- Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220), 10Base (RM 120)
- Token Ring Card
- LocalTalk Connector
Bil | Jenis Kabel | Keserasian | |||
Ethernet | Token Ring | Arcnet | FDDI | ||
I | Coaxial | Ya | Tidak | Ya | Tidak |
II | Shieled Twisted Pair (STP) | Ya | Ya | Ya | Tidak |
III | Unshieled Twisted Pair (UTP) | Tidak | Ya | Ya | Tidak |
IV | Fiber Optic | Tidak | Ya | Ya | Ya |
Bil | Jenis Kabel | Kecekapan | ||
Kelajuan | Ketahanan | Harga | ||
I | Coaxial | Cepat | Lebih Baik | Sedang |
II | Shieled Twisted Pair (STP) | Lebih cepat | Baik | Rendah |
III | Unshieled Twisted Pair (UTP) | Dapat diterima | Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik | Terendah |
IV | Fiber Optic | Paling laju | Kebal terharap interferen elektromagnetik | Tertinggi |
Soket (Connector)
Jenis Kabel | Jenis Soket | |
I | Coaxial | BNC dan BNC T-Connector |
II | Shieled Twisted Pair (STP) | RJ-45 |
III | Unshieled Twisted Pair (UTP) | RJ-45 |
IV | Fiber Optic | ST Connector, SC Connector |
a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan
wayar ke dalam soket.
b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.
Rangkaian Tanpa Wayar(Wireless network)
Rangkaian Tanpa Wayar berfungsi dengan menggunakan frekuensi gelombang radio atau pancar infra merah untuk berhubung di atnatara satu sama lain. Tujuan rangkaian ini adalah untuk kemudahan pengguna komputer buku(notebook), komputer tangan (palmtop) dan PDA (personal digital assistant) yang bergerak dalam sebuah bangunan. Terdapat tiga cara untuk menggunakan rangkaian tanpa wayar iaitu Secara tetap (stationary), Peer to peer dan bergerak (roaming).
Kelemahan rangkaian ini ialah kosnya tinggi(3 kali ganda lebih daripada rangkaian berwayar), mudah terganggu oleh gelombang radio dan golombang mikro, lambat dan terpaksa mencari titik capaian yang lain untuk meneruskan perkaitan dengan LAN jika isyarat menjadi lemah.
Perkakasan asasnya ialah penyesuai tanpa wayar (Wireless adapter) dan titik capaian (access point), perisian rangkaian( Novell Netware, LANtastic)
Sistem Operasi Rangkaian bertanggungjawap ke atas:
- Mengarahkan lalu-lintas data pada rangkaian.
- Membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation.
- Mengelolakan aliran data di antara berbagai workstation yang berbeza(tidak selasi)
- Mengelola permintaan layanan printer.
- Mengelola permintaan dan pesanan di antara pengguna rangkaian.
- Mengelolakan hubungan di antara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.
Hab digunakan untuk menjadi pusat kepada rangkaian bintang (Star). Ia digunakan untuk mengawal trafik aliran data dan maklumat dalam rangkaian. Contoh Ethernet Hub 8ports (RM200), Ethernet Hub16ports (RM400),10Base8 ports (RM550), 10Base16ports (RM1200)
7. Bridge dan gateways Untuk menyambungkan dua atau lebih rangkaian satu bridge perlu disediakan untuk antaramuka (interface) yang serasi. Manakala satu gateway perlu digunakan untuk antaramuka yang berbeza dari segi pekakasan dan perisian.8. Router
Router digunakan untuk meterjemahkan maklumat di antara rangkaian yang berasingan. Router tahu alamat bridge dan komputer bagi kedua-dua rangkaian yang berhubung. Kebaikan router ialah
- Menguruskan penghataran isyarat dengan berkesan.
- Menghanter maklumat di antara dua protocols atau rangkaian.
- Menghanter maklumat di antara topologi LAN yang berlainan.
- Menghanter maklumat di melalui jenis kabel yang berbeza.
Jenis-jenis Topologi Fizikal
- Bas (Linear Bus)
- Bintang (Star)
- Cincin (Star-wired Ring)
- Tree
Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Terminator: Terminater 50 ohm
Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star)
Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hab.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet , LocalTalk
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports ,
Ethernet Hub 16 ports
iii. Cincin (Star-wired Ring)
Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya.
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Connector: RJ-45,
Protocol: Token Ring
Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat
melalui cincin (Ring)
iv. Tree
Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas
Kelebihan | Kelemahan |
|
|
Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector
Protocol: Ethernet
Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports
Penutup
Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.
Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.
JomTenet.Com
No comments:
Post a Comment