DrBook2U yang akan dilancarkan pada 3 Mac 2011. |
Dan baru-baru ini, pengumuman yang dibuat di fanpage DrBook2U mengatakan tarikh terbaru untuk pelancaran rasmi laman sosial DrBook2U adalah pada 3 Mac 2011.
Bagi anda yang tidak tahu, DrBook2U merupakan salah sebuah laman sosial yang dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Sebelum ini saya menyangkakan bahawa DrBook2U adalah milik Dr Rozmey (pengasas Herba Prima Marketing) tetapi ia sebenarnya dimiliki oleh orang lain dan langsung tidak ada kaitan dengan Dr Rozmey.
Namun begitu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada team DrBook2U kerana berjaya menarik publisiti dan membuat sebuah laman sosial di Malaysia. Tetapi apa yang membuatkan saya berasa sedikit terkilan dengan DrBook2U adalah:
- DrBook2U cuba meniru konsep Facebook.
- Pengumuman yang dibuat di fanpage DrBook2U ditulis dengan menggunakan short-form dan penggunaan huruf besar/kecik yang salah dan ianya langsung tidak professional.
- DrBook2U mengubah-ubah tarikh pelancaran laman sosial mereka seperti mepermainkan dan tidak menghormati peminat mereka yang menunggu pelancaran laman sosial tersebut.
- DrBook2U ingin menggunakan domain yang tidak menggunakan perkataan 'book' tetapi kelihatan seperti mereka akan tetap menggunakan domain drbook2u.com.
- Domain rekod DrBook2U mempunyai Whois Guard.
- DrBook2U dihostkan pada sebuah shared server di US yang dikongsikan bersama-sama dengan 81,000 website yang lain.
- Ramai yang memberikan kritikan yang negatif kepada Dr Rozmey di atas apa yang berlaku pada DrBook2U walaupun beliau tidak ada kaitan dengan laman sosial tersebut.
Selain daripada itu juga, laman sosial tersebut dihostkan pada sebuah server yang dikongsikan bersama-sama dengan lebih 81,000 website yang lain. Apabila dihostkan pada sebuah shared server, dikhuatiri laman sosial DrBook2U bakal mengalami masalah loading page yang sangat lambat. Lagi-lagi apabila ianya dihostkan di US yang sangat jauh daripada Malaysia.
Bukan saya tidak menyokong produk Malaysia. Tetapi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, sebelum kita memberikan maklumat peribadi seperti email dan password untuk pendaftaran, sila pastikan latar belakang laman sosial tersebut terlebih dahulu supaya maklumat yang kita berikan tidak disalahgunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment