Tuesday, March 1, 2011

Cara Membuat Dadah

Sebelum dijumpai oleh pihak berkuasa...baik korang baca sekarang....dan jangan lupe menyalin resipi ini...

Bahan :
1 packet agar-agar biasa (strips)
5.5 liter air paip
1 peket coffeemate
1 kg gula pasir
1 tin susu cair
perasa ikut suka (jagung, koko, strawberry dan lain2 ..)
Cara :
  1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar hancur. Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan coffeemate dan susu cair. Biar mendidih sekejap. (coffemate berfungsi supaya jadi lebih gebu, lembut dan enak)
  3. Bahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut berapa perasa yang anda nak guna.
  4. Setiap bahagian, masukkan perasa dan tuang dalam bekas kecil
  5. Buat sampai habis.
  6. Sejukkan sebelum ditutup covernya. Dah sejuk betul, baru tutup, kalau tidak, nanti senang basi.
  7. Masukkan dalam peti ais dan boleh makan bila sudah sejuk.




Pembetulan :


Pembetulan pada ejaan dadah...
dadah = dadeh...


******************************************************

JIKA ANDA MEMPUNYAI SESUATU YANG MENARIK DAN INGIN DIKONGSIKAN BERSAMA KAMI 
SILA "EMAIL" KAN KEPADA KAMI :
EMAIL : berukmakyeh07@yahoo.com


IF YOU HAVE SOMETHING INTERESTING IS THAT WE WANT SHARE
PLEASE " EMAIL" TO US :
EMAIL : berukmakyeh07@yahoo.com

No comments: